BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 25, 2011

KeBaIkAn Coca Cola



Fakta seperti yang tersenarai dibawah 
adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains
 kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan 
dari seluruh dunia mengenai
 minuman ringan Coke : Coca Cola.


Di dalam kebanyakan negeri di US, 
kereta peronda lebuhraya akan
 dimuatkan 2 gallon Coke 
untuk menghilangkan kesan darah
 di jalanraya 
apabila berlaku kemalangan. 
Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, 
Hazardous Team. Cuba tanya Plus
 Ronda atau 
Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? 


Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini : 


1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang 
diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali 
dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang! 


2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke 
dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan
 kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan 
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada
 dalam Coke. Satu bahan gantian untuk 
mencuci kalau sabun dah habis! 
Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak? 


3. Untuk menghilangkan kesan karat dari
 bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan
 aluminium foil yang dicelup dengan Coke. 
Kesannya karat hilang! 


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' 
atau hakisan pada skru/nat bateri 
kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan 
hakisan hilang serta merta. 


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat 
dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru
 tersebut pasti longgar dan boleh dibuka. 


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit 
dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam
 mesin basuh bersama sabun pencuci dan 
basuh macam biasa. Kesan minyak tu past
i hilang. Kemudian bolehlah minum 
air basuhan tadi berperisa coke. 


7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? 
Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. 
Tak payah guna tin sembur cuci cermin..


Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia
 mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan
 sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang 
Perwaja/besi mesti suka ni! 


Asid tersebut juga menghakis kekuatan
 tulang belakang dan tulang lain dalam
 badan yang merupakan punca utama
 kearah penyakit osteoporosis. 


Sila lihat lori yang membawa air sirap
 Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang
 bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi
 dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" 
atau"Bahan Penghakis : 
bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan
 penghakis hakisan untuk mengelak 
lori tu
 dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta 
berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, 
silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. 


Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya
 untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka 
sejak 20 tahun. 
Wahh...mesti buat overhaul ni! 


Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin 
Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula
 tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan
 citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula
 dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke 
berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak
 terhadap lidah untuk memberi signal kepada 
otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis
. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan 
menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up,
 Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak
 dan Keluarga 69. 


Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman
 Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih 
dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam
 candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya 
adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang
 Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu. 


Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau
 nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] 
dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur
 dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni

, kot-kot gigi tu bleh hilang! 


Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat 
minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan 
yang sama dalam 2 minuman tersebut. 


DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh 
secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan
 Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga
perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun 
seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah
 tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa
 pedas manis berperisa coke kot? Cubalah! 


Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%.
 Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi 
Mekah bleh confirm kot? 


Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada
 masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka 
nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. 
Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian
 emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis 
kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba 
sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak
 pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah
 bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah. 


Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca

No comments:

Post a Comment